<
ANYS KATNIS ANYS KATNIS

#SATU
Monday 9 November 2015 | Monday, November 09, 2015 | 0 comments
OCT, 1115
3:01 am

Aku stalk,
aku ter-like, 
aku malu,
aku menyesal

Aku baca balik, sembang kita dulu dulu
aku rindu...
tapi
bertahun lalu

Aku cuba, aku sudah cuba dan
aku masih cuba...

Antara lawan, mahupun lepaskan
dan,
yang pasti aku TAKKAN keduanya.




NOV, 0915
1:23 pm

Aku tersedar dari lena
aku terjaga dari matinya aku seketika
bukan sengaja
kerna aku terlihat bayangan yang beri aku rasa

Apa semua rasa ini aku harus rasakan ?
Bayanganmu bermain dalam fikiran
Apa yang aku fikirkan ini ?
cukuplah diberi rasa sakit dan perit dalam hidup yang nyata
Sehingga kini aku masih teringat detik itu

Aku risau, aku menangis
cuma dalam hati.
Tak apa, aku sudah biasa.
Maafkan aku,
aku cuma mahu beritahu yang aku masih rindukan kau.



--NAMPAK--

Aku masih tidak menyerlah
aku masih tidak mampu untuk lebih kelihatan
aku masih kaku, layu terhadap itu
hari demi hari aku semakin tenggelam

Mungkin,
aku perlukan cahaya untuk meneranginya
kerana terkadang aku merasa khadiran aku masih tidak kelihatan.
Masih samar samar.
Masih hanya keluar bayangan
Tetapi,
kecerahan juga tidak mampu untuk buat kau memandang aku,
apatah lagi bayangan.

Kerana terkadang itu juga hati.
Hati yang mungkin telah tiada atau sudah berpaling.
Aku masih disini,
menunggu bulan jatuh ke riba
Umpama bunga yang menunggu layu.
Aku tidak mahu lagi menunggu, kerana aku mengerti
apa ertinya "menunggu"

Post a Comment