<
ANYS KATNIS ANYS KATNIS

A LITTLE THING THAT CALLED "LOVE"
Friday 1 May 2015 | Friday, May 01, 2015 | 0 comments
Terkadang ada hari itu aku merasa seperti dengan kau. Terkadang ada hari iu sepertinya kau terlalu jauh dari aku. Apa yang aku rasa ? Aku juga tak mengerti. Aku cuba sedikit demi sedikit untuk mengerti dan aku sendiri tidak tahu permulaannya, di mana klimaks-nya dan di mana ia akan berakhir. hm---

Bagi aku sukar, sukar untuk menilai sesuatu yang tidak nampak. Sesuatu yang datang dengan sendiri dan mungkin sesuatu yang sudah ditakdirkan Tuhan. Aku keliru apa yang aku cuba lakukan. Aku keliru apa yang cuba aku carikan. Sedangkan ia sudah terang terangan. Hampir setiap malam setiap detik waktu saat dan sehari harian aku masih memikirkannya. Adakah aku masih memburunya atau kau yang menghantuiku. Aku masih ingat dan tak pernah pupus walau secebis pun setiap detik yang kita lalui. Dari awal perkenalan, dari mula kau menegurku sehingga aku cuba elak dari kau. dan sehingga...aku jatuh atas tanah menangis kerana kau. Kau faham apa yang aku maksudkan ? Ya. Kau takkan faham. Aku mula menyayangi, aku mula meletakkan harapan sedangkan kau curah aku dengan janji janji bodoh yang aku sendiri tidak tahu masih bodoh itu semua hanyalah palsu. Sekuat mana kau tikam aku, sehebat mana kau bunuh perasaan aku untuk cuba membenci kau. Hanya satu yang aku mahu kau tahu---

Aku masih mahukan kau. Sedangkan aku tahu itu semua takkan terjadi. dan kau sendiri cukup jujur dengan aku yang kau tidak akan balik pada aku. Aku dan kau... Kita hanya yang lepas.

Dan aku masih tunggu sampai hati tidak mampu lagi.

Post a Comment