<
ANYS KATNIS ANYS KATNIS

DEVOTION
Wednesday 18 May 2016 | Wednesday, May 18, 2016 | 1 comments
sepi, sepi aku sendiri. malam tanpa cahaya menerangi malam sepi aku, yang seperti selalu terangi malam gelapku. sunyi, sunyi.. aku merasai. satu persatu menyelubungi perasaan aku. apakah aku hilang sesuatu ? apakah aku masih mencari jawapan yang tidak aku temui ? sunyi sunyi aku sunyi. itu perungkapan yang tiap kali aku ulang sebelum aku pejam mata. malam itu aku tidak seperti yang malam selalu aku rasakan. aku merasakan aku akan kehilangan. kehilangan entah apa juga aku tidak mengerti. malam itu aku cuba untuk melelapkan mataku. aku hampir lelap tetapi masih was was untuk lakukan itu. aku diam sejenak dan memikirkan apa yang akan jadi. antara aku merasakan takut mahupun penat mahupun aku tidak tahu untuk rasakan apa. aku terfikir, adakah yang dia akan sempurna bahagia tanpa aku. tanpa aku untuk ada bersamanya saat tiap siang dan malam menemaninya dari jauh, dari jauh aku memerhatikan gerak gerinya. aku bahagia melihatnya. yang aku sedar dia tidak sedar akan kedatangan aku dari jauh menjaganya. dari jauh aku melihatnya. aku masih terfikir adakah apa yang lakukan ini akan dia nampak satu saat nanti apabila aku sudah jauh, jauh darinya. mengeluh, mengeluh aku mengeluh. apa lagi yang harus aku lalukan untuk melihatnya dapat melihat setiap kehadiran aku dalam hidupnya. aku masih berfikir, selama perkenalan aku dengan dia. dia mula curi, dia mula beri apa yang aku mahu, hati. aku mula menyayangi. yang aku tidak sedar sama sekali aku menyayanginya berbeza aku pernah menyayangi yang masa lalu. harapan itu pasti, percaya itu wujud. andai aku bisa patah balik masa lalu aku pilih untuk lebih berjaga jaga. sakit, sakit aku sakit. sakit yang aku tidak pernah peduli. kerana aku ikhlas kerana aku jujur kerana aku percaya aku tidak peduli tentang hal itu. sakit. 25th is the day. 28th is the memories. memories that never fade. dari angka 25, aku masih menyimpan setiap butir perkataan yang pernah kau beri pada aku. telinga aku masih terngiang setiap patah baris ayat yang tersusun indah dan cantik. aku masih mengingat every little things that we used to be. yang pasti aku takkan lupa apa yang sudah kita reka. janji aku untuk tetap bersama dengan dia aku pegang. janji aku untuk masih tunggu dia dapat menyedari kehadiran aku, aku menanti. janji aku untuk terus sayang setiap apa yang ada padanya dari dalam hatinya hingga luarnya, aku sayang. cuba, cuba aku cuba. aku cuba buat dia selesa dengan cara aku yang selalu buat dia rasakan aku annoying. aku tak bisa. cuba cuba dan aku masih cuba mengerti setiap apa yang dia lakukan hidupnya, setiap apa yang dia cuba sampaikan pada aku. aku kalah, aku gagal dalam mengertinya. sehingga dia merasakan malas untuk berbahas tentang itu. aku kalah, aku salah. aku salah dalam apa yang aku lakukan untuknya. apa yang sudah terjadi itu adalah kerana aku. kerana aku yang gagal mempertahankan itu. aku terlalu mendesak, aku terlalu sibuk mengejarnya yang saban hari dia makin jauh. jauh dari aku. aku takut aku akan hilang dia sedikit demi sedikit. dan pada ketika itu aku terfikir adakah aku seorang yang meletakkan dia dalam hati aku. adakah aku seorang yang menyayangi dia seperti aku menyayangi orang orang yang aku sayang. sayang untuk aku itu menyedihkan. sayang untuk aku itu menyakitkan. apa lagi yang mahu dibahas, sedangkan sudah terang yang aku tidak patut merasakan sayang. aku cuma bisa menyayangi orang. aku tidak bisa untuk rasa disayangi. aku mengalah dengan itu. malam itu, aku tidak sedar aku menitiskan airmata yang tanpa aku sedar. aku berteriak sepertinya aku gagal dalam hidup aku. ya, aku merasakan itu. aku bukan sama sekali mengalah dengan hidup aku sendiri. aku merasakan aku gagal dalam memberi orang untuk tetap bersama aku. dan itu juga, aku tersedar. aku tidak disukai. aku pertahankan diri aku dari aku sendiri menyalahkan diri aku sendiri. aku masih ada Tuhan, aku masih punyai keluarga aku dan aku masih punyai sahabat aku. sahabat yang aku boleh bilang dengan jari jari aku. aku tidak punyai sesiapa dari yang itu. dan aku mengadakan dia. dia seorang yang aku ada. penambah teman dalam setiap ruang gelap aku selepas 2 tahun. hadirnya dia, aku bahagia. hadirnya dia aku merasa senang, hadirnya dia aku merasakan aku tidak perlu rasa risau dan sedih kerana dia ada. tetapi itu semua sudah berubah, aku merindui setiap apa yang dilakukan bersama. aku rindu. rindu yang sangat aku mahu katakan tapi tidak sampai. aku akan rindu sampai aku puas rindu untuk rindukannya. dia yang aku pilih. dia yang aku tunggu. aku bisa tunggu untuk lebih lama yang aku pernah menunggu. aku bisa sayang jauh mana yang pernah aku bayangkan. dari aku rasakan perasaan ini aku belajar lebih matang, aku belajar untuk cuba lagi yang jadi lebih baik. dan aku belajar antara diri mampu atau tidak.malam itu tiada lagi tawa, malam itu tiada lagi gurau, malam itu tiada lagi yang manis. aku yang lakukan pahit itu terjadi. maafkan aku. dia yang selalu cuba untuk buat aku jauh darinya,, yang saat ini aku pilih untuk hidupnya yang sempurna dan bahagia, membiarkan dia bersama orang yang dia pilih orang sudah cukup untuk buat hidupya complete, aku biarkan dia tidak ada lagi tekanan dari aku. aku disini masih akan menjaga dia dari jauh, walaupun aku tidak mahu datangnya. yang aku disini masih ada untuknya saat dia perlukan. aku tidak akan tinggalkannya seorang diri. malam itu aku belajar kuat aku belajar dari keputusan aku yang terkadang bercampur dengan emosi. aku tahu he'll be okay without me. aku masih mahukan dia. terima kasih untuk yang dulu, terima kasih untuk yang kita lalui. terima kasih untuk segalanya. cuma satu aku mahu katakan, "i will love you forever and i forgive you for not loving me like i love you".
Anonymous Anonymous said...

maafkan aku, aku buntu. aku takut nak bagitahu kau. aku bukan sengaja nak tikam hati kau, mungkin dia yang aku cinta tapi kau yang meringankan setiap sudut kecil hati aku. hati aku celaru sebelum aku kenal kau tapi kau dah hias hari aku, hidup aku dengan baik. maafkan aku. sejujurnya, aku pun rindukan kita tapi aku tak boleh tipu hati aku. jodoh. kalau ada kita jumpa juga. aku tak tahu devotion kau untuk siapa tapi aku terasa. maafkan aku. aku cuba sedaya upaya cari jalan untuk minta maaf. ini je yang aku jumpa. kau adalah perempuan yang terbaik yang pernah aku jumpa, kau pandai jaga aku, kau memang one in million. sekali lagi. maafkan aku. aku yang mempersetankan semua benda.

 

Post a Comment